Dalam halaman ini
1. Siapa kami
Tech Lead Malaysia Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat 202501036634 (1638044-D)), CWS 1-12, CoInnov8, Level 1, CoPlace 10, Block 2330, Jalan Usahawan, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia ("Tech Lead", "kami") mengendalikan laman web tech-lead.my.
Dasar ini ialah notis kami di bawah seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP), seperti yang dipinda oleh Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024. Ia menerangkan data peribadi apa yang kami proses apabila anda melawat laman web ini atau menghubungi kami, kenapa kami memprosesnya, dengan siapa kami kongsi dan apa hak anda.
Dasar ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Kedua-dua versi membawa maksud yang sama.
2. Skop dasar ini
Dasar ini meliputi laman web ini dan pertanyaan yang anda hantar kepada kami. Ia tidak meliputi sistem yang kami bina atau hoskan untuk klien, atau produk kami (seperti TechManage, Inventra atau HadirAi). Setiap satunya ada notis privasi dan terma sendiri.
Apabila kami menjalankan sistem untuk klien, klien yang menentukan cara data pengguna mereka digunakan, dan kami memproses data itu mengikut arahan klien sebagai pemproses data.
3. Data peribadi yang kami kumpul
Kami kumpul hanya apa yang kami perlukan untuk menjalankan laman web ini dan membalas anda:
- Semasa anda melawat: alamat IP anda, jenis browser dan peranti, page yang anda buka, page yang membawa anda ke sini, serta tarikh dan masa. Server web kami dan Cloudflare merekodkan maklumat ini secara automatik dalam log masing-masing.
- Statistik lawatan: Cloudflare Web Analytics mengira paparan page dan masa page dimuatkan. Ia tidak menggunakan cookie dan tidak membina profil tentang anda.
- Semasa anda menghubungi kami: butiran yang anda pilih untuk hantar melalui e-mel, WhatsApp atau telefon, seperti nama, organisasi, jawatan, alamat e-mel, nombor telefon dan keperluan anda.
- Borang brief di laman web ini hanya menyediakan e-mel dalam aplikasi e-mel anda sendiri. Tiada apa-apa sampai kepada kami sehingga anda sendiri menghantar e-mel itu.
- Tech Lead Assistant di laman web ini berjalan di dalam browser anda. Apa yang anda taip ke dalamnya tidak dihantar kepada kami dan tidak disimpan oleh kami.
Anda tidak perlu memberi sebarang data peribadi untuk melayari laman web ini. Jika anda tidak memberi butiran hubungan anda, kami tidak dapat membalas anda.
Kami tidak meminta data peribadi sensitif (seperti maklumat kesihatan, data biometrik, kepercayaan agama atau pendapat politik) di laman web ini. Sila jangan hantar data sebegini kepada kami kecuali kami memintanya di bawah perjanjian berasingan.
4. Cookie dan storan browser
Laman web ini tidak memasang cookie. Ia menggunakan storan sesi browser anda hanya untuk mengingati tetapan paparan semasa tab dibuka, contohnya sapaan assistant sudah dipaparkan. Maklumat ini kekal dalam peranti anda dan dipadam apabila anda menutup tab.
Cloudflare mungkin memasang cookie keselamatan yang benar-benar perlu jika ia perlu memastikan pelawat bukan serangan automatik.
5. Kenapa kami menggunakan data anda
Kami menggunakan data peribadi anda untuk:
- Membalas pertanyaan anda dan menyediakan sebut harga, cadangan atau dokumen tender yang anda minta
- Menjalankan, melindungi dan membaiki laman web ini, serta mengesan dan menghalang salah guna atau serangan
- Memahami page mana yang digunakan supaya kami boleh menambah baik laman web ini (bilangan sahaja, bukan profil individu)
- Menyimpan rekod perniagaan dan memenuhi kewajipan undang-undang, cukai dan audit kami
- Menghantar maklumat tentang perkhidmatan kami, hanya jika anda memintanya atau bersetuju. Anda boleh minta kami berhenti pada bila-bila masa.
6. Dengan siapa kami kongsi
Kami tidak menjual atau menyewakan data peribadi anda. Kami hanya berkongsinya dengan:
- Cloudflare, yang melindungi dan menyampaikan laman web ini serta menyediakan statistik lawatan
- Penyedia hosting kami, iaitu penyedia cloud antarabangsa yang data centre-nya menjalankan server web kami
- Google (Google Workspace), yang menjalankan e-mel kami
- WhatsApp (Meta), jika anda memilih untuk menghubungi kami melalui WhatsApp. Dasar privasi WhatsApp sendiri terpakai pada chat tersebut.
- Penasihat profesional kami, seperti juruaudit, akauntan dan peguam, yang wajib merahsiakannya
- Pihak berkuasa kerajaan, mahkamah atau pengawal selia, apabila dikehendaki oleh undang-undang
Laman web lain yang kami pautkan, seperti LinkedIn atau laman web klien, tertakluk kepada dasar privasi mereka sendiri.
7. Pemindahan ke luar Malaysia
Sebahagian penyedia ini menyimpan atau memproses data di luar Malaysia: server web kami berada dalam data centre di Asia Tenggara, manakala Cloudflare dan Google menjalankan rangkaian di seluruh dunia. Kami memindahkan data peribadi ke luar Malaysia hanya seperti yang dibenarkan oleh seksyen 129 APDP, dan hanya kepada penyedia yang terikat dengan kontrak untuk melindunginya.
8. Berapa lama kami simpan
- Log server web: kira-kira 12 bulan, kemudian dipadam secara automatik
- Log dan statistik lawatan Cloudflare: disimpan oleh Cloudflare mengikut tempoh simpanan Cloudflare sendiri
- Pertanyaan dan balasan kami: selama kami memerlukannya untuk berurusan dengan anda, dan sehingga 7 tahun selepas urusan terakhir jika ia sebahagian daripada rekod perniagaan, cukai atau tender yang wajib kami simpan di bawah undang-undang
Selepas itu kami memadam data tersebut atau menjadikannya tanpa nama.
9. Cara kami melindunginya
Semua trafik ke laman web ini disulitkan dengan HTTPS. Akses kepada server dan e-mel kami terhad kepada staf yang diberi kuasa, dan kami sentiasa mengemas kini perisian kami. Tiada sistem yang selamat sepenuhnya.
Jika berlaku pelanggaran data peribadi, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan, jika pelanggaran itu mungkin menyebabkan kemudaratan ketara kepada anda, kami juga akan memaklumkan anda, seperti yang dikehendaki oleh APDP.
10. Hak anda
Di bawah APDP anda boleh:
- Meminta salinan data peribadi anda yang kami simpan
- Meminta kami membetulkan data yang salah, tidak lengkap atau tidak terkini
- Menarik balik persetujuan anda, atau meminta kami menghentikan pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan kepada anda
- Meminta kami berhenti menghantar bahan pemasaran pada bila-bila masa
- Meminta kami menghantar data peribadi anda kepada organisasi lain (kemudahalihan data), jika ini boleh dilakukan secara teknikal
Hantar permintaan anda ke [email protected]. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari, seperti yang dikehendaki oleh APDP, dan kami mungkin perlu menyemak identiti anda dahulu.
Jika anda tidak berpuas hati dengan balasan kami, anda boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.
11. Hubungi kami dan perubahan dasar ini
Untuk sebarang soalan atau permintaan tentang data peribadi anda, hubungi kami di [email protected], melalui telefon atau WhatsApp di +60 11-3309 6171, atau melalui pos ke alamat dalam seksyen 1.
Kami mungkin mengemas kini dasar ini apabila laman web kami atau undang-undang berubah. Tarikh di bahagian atas page ini menunjukkan versi terkini.